Webinar On Demand Cs - Deepfake & Ai - Bila Muka Dan Suara Anda Dipalsukan
10 Julai 2026 | Aktiviti Terkini“Deepfake & AI Scam – Bila Muka Dan Suara Anda Dipalsukan” adalah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai ancaman teknologi kecerdasan buatan (AI) yang boleh disalahgunakan bagi menghasilkan kandungan palsu seperti wajah, suara dan video yang kelihatan sangat realistik. Webinar ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta tentang cara mengenal pasti taktik penipuan menggunakan teknologi deepfake, memahami risiko terhadap keselamatan data dan identiti digital, serta mempelajari langkah-langkah pencegahan untuk melindungi diri daripada menjadi mangsa penipuan dalam talian. Selain itu, program ini turut menggalakkan amalan penggunaan teknologi AI secara beretika dan bertanggungjawab agar masyarakat lebih celik digital, berwaspada terhadap ancaman siber, dan mampu membuat keputusan yang bijak ketika berinteraksi di platform digital.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: